Perkembangan Pokok Bunga Matahari..

Assalamuailaikum..macam dah lama tak update entry baru..kali ni nak criter perkembangan pokok bunga matahari dari disemai hingga berbunga..ini adalah hasil pengalaman sendiri..

Benihnya saya beli di kedai RM 2..saya terbayangkan benih bunga ni berwarna putih..bila buka packaging macam terperanjat sikit..eh..kuaci ke..??ok rupanya kuaci yang selama ni saya makan adalah benih bunga matahari..saya je yang tak tau agak nya..

Bunga Matahari ada banyak jenis..tak silap saya jenis yang saya tanam ni Giant Sunflower..

Benih Bunga Matahari.

Benihnya saya rendam air suam selama 4 jam..bila benih nampak kembang saya buka sedikit kulit nya..Tujuannya nak meransang benih yang ada dalam tu..

Medium tanaman dah tersedia..Guna bekas kecil2 je.Buat sedikit lubang menggunakan ranting kayu & masukkan benih..Bahagian hujung yang tajam tu hadapkan ke bawah..

Selepas 3 hari di semai..



4 hari selepas disemai.

Pertumbuhan Bunga Matahari ni sangat pantas..jadi saya alihkan setiap tunas2 bunga ni ke dalam bekas kecil.Masa dialihkan tu akar dah panjang.Jadi kena alih dengan berhati-hati supaya tak putus.

Break the rules..
Belum tumbuh daun saya dah alih..hehe..

hari ke 5 selepas di semai.

Hari ke 9.

Bila tengok pertumbuhan pokok ni sangat pantas saya risau tak cukup zat.so,saya minta suami alih ke tanah.Saya lindungkan anak pokok dengan plastik botol yang dah dipotong.

Tunas bunga pertama.
1 bulan lepas di semai.


 
Bunga Sulung bersama anak sulung.
1 bulan 2 minggu .

Hari siang tu kami tak ke kebun..Seharian berjalan.Balik malam tu tengok bunga dah kembang.Happy sangat terus snap picture.Padahal dah pukul 10 malam lebih.
Tidur pun senyum-senyum terbayangkan bunga Matahari.


Anak- anak paling happy.
Baju die orang pun bertemakan oren.

Giant Sunflower.


Semua yang berbunga.

Berat sampai menunduk.
Boleh letak pancang dan ikat sikit..
Saya tak buat .Hehe..


Ada yang bagi tips,kalau 1 pokok mengeluarkan lebih dari 1 tunas bunga, tunas yang lain boleh di buang.Tujuannya nak menghasilkan bunga yang besar-besar.Tapi saya tak buang sebab sayang..Tak pelah bunganya kecik besar pun..Janji ade bunga.

Mekarnya tak lama.
Dalam seminggu lebih dah layu.

Kuaci Muda.

Paling Giant.

See...the kuaci..
Dalam tak da isi lagi.
So kita tunggu die layu sendiri baru pangkas.










No comments:

Post a Comment