Saturday 21 May 2016

Cameron Highland 2016~Day 2~


Takda rezeki nak ke Ladang Teh Boh Sg.Palas.Tutup hari isnin.Hampa juga sebab trip 1st dulu pun tak dapat pergi.Tak jumpa jalan masuk.Tersorok sikit.Padahal dekat sangat dah depan Copthorne.

Teruskan perjalanan ke Multicorpse Central Market.Tepi jalan saja.Banyak blogger suggest tempat ni.Harga pokok murah sedikit dari tempat lain.


Kita masuk ke Strawberry Corner dulu.
Free Entrance.

Cantik sangat.

Fav..Cactus.
Cactus berwarna 3 RM 20.

Rosemary.

Cactus. Satu RM 2.

Eksesori kebun pun ada.



Tak tahu id.spesis cili kut..

Bunga Matahari.
Bunga ni semusim.Berbunga sekali dan mati pokoknya.
Jangan terkejut,jika beli ,lepas 2 minggu akan start layu & mati.



Rimbunan rose bouqet.


Taman Uncle Sam hanya bersebelahan.
Free Entrance.

Deretan pudina.
Rosemary pun ada.
Tapi bila dekat,tiada aroma rosemary.



Cactus satu RM 3.


Seculent RM 2.
6psc/RM10.



Dah habis cuci mata di Multicorpse,terus ke Big Red Strawberry Farm.Masuk percuma..Sebelum tu ada Cactus Valley.Ada bayaran masuk kalau tak silap RM 3 seorang.

Park kereta dekat depan Cactus Valley,mendaki naik ke atas.Fuhh..terbakar lemak.Rupanya ada sediakan parking kereta kat atas tu..Excercise.

Tu dia..


Posing sikit kat entrance.

Dekat entrance ada jualan pokok.

Perlatan berkebun brand Baba.



Salad.

Coral Salad.

Kalau rasa nak petik sendiri strawberry pun ada.
0.5 kg/RM 25.

Atas tanam.strawberry.

Bawah Carrot.

Kafe.Walaupun low season,customer ramai.

Puas lah mendaki,berlari.
Lengang..tak crowd.




Buah tangan untuk diri sendiri.
Rosemarry ke 2.Pengganti yang dah mati dulu.
Seculent & Cactus.

Habis cuci mata.Puas hati dapat buah tangan sendiri.Kami ke pekan Brinchang singgah solat di Masjid berdepan Balai Bomba.

Makan tengahari di Nik Ikan Bakar & Tomyam.Belakang sikit je dengan masjid.


Kemudian naik semula ke Kea Farm.Beli jagung & strawberry.Sekejap sangat.Turun kereta jumpa yang berkenan terus beli.Tak larat nak jelajah satu Kea Farm sebenarnya.
Bagi yang nak dapatkan cenderamata dari Cameron Highland selain dari Pasar Malam Brinchang,saya suggest kan pasar Kea Farm.Banyak pilihan.

Decide nak ikut jalan Tapah yang penuh berliku itu.Ada.rezeki nampak nya untuk singgah Ladang Teh Bharat.

Subhanallah.


Daun tea dari dekat.

Rasanya pudina ni.Tumbuh meliar saja.







Selesai dah percutian express dari Mersing ke Cameron Highland ni.

Saya syorkan link ni untuk info lengkap di Cameron Highland.


Sumber google.

Sunset di Tapah..


Cameron Highland 2016.

Nak sambung entry percutian dari Mersing ke Cameron Highland.Dah sebulan entry yang lepas tu..

Dari Mersing ke Cameron Highland ambil masa lebih kurang 8 jam juga..Fuhh..530 km lebih juga..

Sampai Ringlet hari hampir gelap.Nampak kebun sayur berlampu-lampu .Cantik.Ada pasar malam di Ringlet..Kami tak singgah,letih sangat.



Sebelum tu dah list down juga hotel mana yang kami nak stay. 


Dah survey dalam booking.com antara hotel yang dapat review bagus di Brinchang 


Sam Jade Guest House.
Parkland Express.
Cophtorne Hotel (kami pernah stay)
Nova Highland Residence.

Last sekali kami decide stay Nova Residence.Alhamdulillah settle urusan check in.Sebelum tu dah call dulu compare harga dengan Copthorne Hotel.Harga sama RM 180..low season.Nak breakfast boleh tambah jadi RM 200 untuk 2 orang makan.Kanak-kanak bawah 6 tahun tiada cas.Tapi saya tak ambil.Takut rushing nak turun breakfast.


Review saya untuk bilik ni.Bilik luas,selesa..Alhamdulillah.Ada kipas,tapi tak digunakan pun.Pemandangan pun cantik.Kebersihan 8/10.Water heater bilik air ok.Wifi ok.Cuma nak iron baju kena keluar ke hujung hallway.So,iron baju kat luar.





Dry kitchen.

Sangat luas.Studio room style.

Ambil bilik superior.


Anak-anak paling seronok ni.
Lari sana sini.

Lepas mandi,solat..keluar sekejap ambil angin malam dan yang penting makan.Pasar Malam Brinchang tutup.Hari ahad.Nak cuba makanan thai sebelah Hotel Jasmine pun tutup juga.Takda rezeki.Turunlah ke Tanah Rata.Makanan sini harganya lebih kurang sama kedai-kedai di bawah.Jangan risau.

Night view.


Morning Cameron...!


Hi Cophtorne..
Cuma bertentangan saja dengan Nova.



Day 2 kami dah check out.Hanya breakfast dalam bilik saja.Berbekalkan roti untuk anak-anak.Ibu ayah makan meggie je dulu.

Kaunter Check in/out.


Bye2 Nova..

Sambung ke entry Day 2..












Tuesday 26 April 2016

Percutian di Mersing.

Mersing ni tempat kelahiran saya.Bila dah menetap kat Melaka ni saya anggap bila balik Mersing tu sebagai satu percutian.Balik pun bukan selalu.setahun sekali,itupun raya.

Genap setahun arwah atok menghadap Illahi,saya pun balik untuk ziarah kubur.
Perjalanan dari Melaka-Mersing ambil masa lebih kurang 4.5 jam.Kami ikot Muadzam Syah.Kalau ikot plus tak sampai 4 jam perjalanan.

Suami dah bercadang untuk memancing sepuasnya kat Mersing.Memang banyak port untuk memancing kat sana.So saya beraktiviti dengan anak-anak dan anak buah.

Hari pertama di Mersing kami ke Pantai Penyabung.Saja jalan-jalan cuci mata sambil nak tengok Kelong Acheh.

Kelong Acheh di kejauhan.Tak jauh sangat sebenarnya.


Jeti untuk mengambil pemancing ke Kelong Acheh.

Petang tu suami gi memancing saya dan adik bawa anak serta anak buah ke Pantai Mersing.Buat aktiviti riadah sikit.

Berlatarkan Pantai Mersing

Giant Bubble.

Motif Iman tiup..??

Sabtu pagi,suami masih dengan aktiviti mancingnya saya bawa anak-anak ke Pantai Air Papan.

Lepak-lepak,main pasir ,minum abc.Tak bagi terjun laut,takut tak terkawal.Ibunya malas nak basah..Hehe.

Laut cantik.Angin sepoi-sepoi.Kalau hujung tahun memang bergeloralah laut.

Cantikkan?

Iman memancing katanya.

Dah dapat ikan.

Qaleesha.

Kakak.

Selpie kejap dengan Icha.
Sambil tunggu cik Linda beli Abc.

Kat sini banyak saja chalet.Kalau pergi peak season baik booking awal.Selalu memang crowd.Range price dalam 100-180.Bagi saya 180 tu bit pricy sikit untuk chalet.

Makanan senang nak cari.Banyak kedai area Tanjung Genting menghala bandar Mersing.Breakfast superb.Menu utama Nasi Dagang.Harga berpatutan.Jangan lupa keropok lekor k...Kat sini keropok lekor sedap,tak banyak tulang.Penuh isi ikan bukan tepung semata.

Pagi Ahad kami merancang untuk balik Melaka.Breakfast di Tanjung Genting.Tetiba dalam kereta discuss dengan suami nak jalan-jalan lagi.

Awalnya nak ke Genting Highland saja.Balik tu boleh singgah KL bawa anak-anak jumpa MIL.Call MIL rupanya ada kat kampung Perak.Then terkeluar rancangan nak ke Cameron Highlang.Ok Cameron...Here we come.

Next Entry 
Itenerary To Cameron Highland.
Bye Mersing..See u again.


Welcome to Pahang Darul Makmur.